Hi, Assalamualaikum. Harini nak kongsi sedikit tentang >>>
Salah faham tentang angin pasang
FB Link: Pak Mat Urut Batin >> https://www.facebook.com/profile.php?id=100009187238353
Di kalangan masyarakat Melayu terdapat salah anggapan tentang angin pasang.
Asal sahaja buah zakar besar sebelah, buah zakar besar, buah zakar sakit semuanya ditakrifkan sebagai angin pasang.
Mereka di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia menyebutnya sebagai uluran dan di sebelah utara menyebutnya sebagai burut.
Gejala penyakit pada buah zakar samada hernia(1), varicocele(2), hydrocele(3) atau epididimitis orchitis(4) semuanya dirangkumkan sebagai angin pasang di kalangan masyarakat Melayu.
Gejala 1: Hernia
adalah satu keadaan di mana dinding pada otot perut menjadi lemah yang menyebabkan usus kecil menembusi dinding otot perut yang lemah tersebut dan usus kecil masuk ke dalam kantung zakar.
Adakah hernia boleh sembuh dengan urut?
Jawapan nya:
Jawapan nya:
Mustahil hernia boleh sembuh dengan urut kerana selagi dinding perut yang telah koyak itu tidak ditampal semula selagi itulah usus kecil akan terus masuk ke kantung zakar.
Sekiranya tukang urut berjaya menolak usus kecil naik ke perut sekalipun, ia akan jatuh semula setelah pesakit bangun berdiri, batuk, bersin yang kuat, mengangkat benda berat atau melakukan aktiviti lasak.
Saya telah banyak menasihati pelanggan saya supaya berjumpa dengan pakar bedah yang mahir dan lakukan pembedahan kecil di bahagian bawah perut untuk tampal bahagian otot perut yang lemah dan dinaikkan semula usus kecil sebelum tampalan itu dibuat.Dengan sekali pembedahan dan tampalan masalah hernia akan selesai.
Namun ada pelanggan saya yang memberi maklum balas bahawa anggota sulitnya menjadi lemah setelah melakukan pembedahan.Oleh yang demikian jangan sayangkan duit, dapatkan rawatan dari doktor bedah yang pakar dan mahir.
Gejala 2: Varicocele
adalah keadaan di mana lemak dan lendir bersekongkol di urat air mani. Varicose vein misalnya boleh berlaku pada bahagian mana sekalipun pada anggota tubuh manusia, begitu juga pada bahagian buah zakar.
Varico merujuk kepada salur darah dan dalam konteks buah zakar merujuk kepada salur air mani atau vas deferen. Cele bermaksud gumpalan atau kumpulan.
Ia berlaku disebabkan oleh faktor fisiologi, yang mungkin dari faktor amalan pemakanan dan gaya hidup.
Dari pengalaman saya varicocele boleh dirawat dengan cara urut dengan ikhtiar memecahkan lemak dan lendir di kawasan yang berkenaan.
Gejala 3: Hydrocele
adalah kumpulan air yang bertakung pada kantung zakar.
Hydro bermaksud air dan cele adalah kumpulan.Jadi hydrocele adalah kumpulan air di bahagian kantung zakar. Ianya berlaku disebabkan oleh faktor fisiologi.
Pada pengalaman saya hydrocele juga boleh dirawat dengan kaedah urutan tetapi memerlukan tukang urut yang pakar dan mahir.
Gejala 4: Epididimitis orchitis
adalah keadaan di mana berlaku radang pada buah zakar.
Radang boleh berlaku bila berlaku jangkitan kuman pada epididymis.
Ada juga kes di mana kemalangan atau hentakan kuat pada bahagian buah zakar yang menyebabkan berlakunya radang pada buah zakar serta tempat penyimpanan air mani.
Radang pada buah zakar tidak boleh diurut kerana sakit. Disentuh sedikit pun pesakit akan merasa sakit.
Rawatan doktor dengan memberi antibiotik dan ubat penahan sakit boleh menyembuhkan epididimitis orchitis ini.
Kesimpulannya: Tidak semua sakit di bahagian buah zakar boleh sembuh dengan urutan. Oleh yang demikian carilah tukang urut yang berilmu dan mahir agar diagnos sebenar dilakukan, penerangan, khidmat nasihat dan rawatan yang betul dapat diberikan.
PM kami / WhatsApp Kami untuk lock appointment untuk diagnosis awal.
Boleh klik link di bawah...
www.wasap.my/+60122889397 Pak Mat Urut Batin
www.wasap.my/+60102922613 NHafiz Urut Batin Power
Boleh klik link di bawah...
www.wasap.my/+60122889397 Pak Mat Urut Batin
www.wasap.my/+60102922613 NHafiz Urut Batin Power
Salam
Sejahtera,
Pak Mat Urut Batin
Lelaki
Bahagia Lelaki Sejahtera, Bercinta sampai kesyurga.
Jumpa Anda
nanti ya. Jaga diri baik-baik.
#1keluarga1perawat #pmuts #urut #urutbatin #terapiperkahwinan #urutpower #terapi