Thursday, July 25, 2019

Mati pucuk atau erectile dysfunction



Titik Pusat Urutan Memulihkan Tenaga Batin
Mati pucuk atau erectile dysfunction
: secara halusnya, lemah tenaga batin. 

Tahu kah anda, Mati Pucuk boleh diubati sekiranya anda kenal pasti lebih awal?
Ia adalah keadaan apabila zakar tidak mampu menegang atau tidak dapat mengekalkan ketegangan semasa aktiviti seks. Jangan salah faham ya, Ia bukan mandul, tetapi lebih kepada masalah system saraf yang terganggu. Antara Faktor gangguan berlaku adalah apabila peningkatan umur. 

Ia disokong oleh kajian Pfizer, Bahawa setiap seorang daripada lima orang lelaki di Malaysia mengalami permasalahan mati pucuk.
Jadi, sebagai langkah pencegahan awal, anda boleh berjumpa dengan pengamal perubatan yang bertauliah serta elakkan daripada mengambil ubat kuat yang tidak mendapat kelulusan KKM serta tanpa pengawalan yang akan mengakibat kesan lebih buruk.
Anda boleh baca lebih lanjut di artikel dibawah:
https://hellodoktor.com/…/kesihatan-reproduktif/mati-pucuk…/
dan juga boleh baca di posting founder kami.

>> Kenapa penuaan menyebabkan mati pucuk
Kita semua adalah benda baharu.Hanya Yang Maha Esa kekal, tiada mula, tiada akhir.
Sebagai benda baharu sudah semestinya kita mengalami proses penuaan.
Penuaan bermula seawal umur 25 tahun, sedikit demi sedikit kulit mula berkedut, gigi mula longgar, rambut mula beruban, kudrat makin lemah, makan dah kurang dan tidak ketinggalan zakar mula mengendur.
Apabila seseorang mencecah umur 50 tahun, kurangnya keupayaan tenaga batin lelaki mula terasa.
Sistem ketahanan tubuh pun mulai lemah.Penyakit mudah menyerang dan lambat untuk pulih.
Semua ini ada kaitan dengan sistem tubuh yang mulai degenaratif dan hormon tubuh makin kurang.
Kekuatan tenaga batin lelaki makin kurang bila usia meningkat kerana hormon androgen dan testosteron mulai merosot.Begitu juga sistem salur darah dan saraf. Lebih- lebih lagi jika seseorang itu tidak melatih dan menjaga kesejahteraan alat kelaminnya.
Selain urut, terdapat beberapa teknik untuk menjaga kesejahteraan alat kelamin lelaki seperti pengambilan supplement.Berunding dengan urologist, andrologist, physician dan pengamal terapi urutan yang mahir sejak dari awal adalah perlu bagi mengelak tenaga batin lelaki lemah sebelum terlambat.
Untuk khidmat nasihat, pemeriksaan secara alternatif dan rawatan secara tradisional dan alternatif bolehlah menghubungi Pak Mat di
Salam Sejahtera,  

Pak Mat Urut Batin

Lelaki Bahagia Lelaki Sejahtera, Bercinta sampai kesyurga.
Jumpa Anda nanti ya. Jaga diri baik-baik.

#1keluarga1perawat #pmuts #urut #urutbatin #terapiperkahwinan #urutpower #terapi

Sunday, July 21, 2019

Kursus Ogos 2019

Hi, Assalamualaikum… 

ANDA BOLEH
MERAWAT diri sendiri 👨 ahli keluarga & saudara mara
MENINGKATKAN EKONOMI 💰dengan menjana pendapatan sampingan
MEMBANTU 🚑 melegakan kesakitan orang lain saat kecemasan
Mengambil langkah memelihara dan mencegah demi kekuatan batin 

Di Pak Mat Urut & Terapi Servis , setiap module kursus adalah KOMBINASI : TEORI & PRAKTIKAL.
Hal ini kerana, Ilmu perlu diamalkan Dalam masa 48jam supaya ia KEKAL di Minda & Hati. Semoga Ilmu Yang dipelajari diRahmati oleh Allah.

Insyallah pada bulan Ogos 2019 Kami akan menjalankan kursus seperti dibawah: 


24 Ogos 2019
Terbuka untuk Lelaki dan Wanita. 
9pagi-6petang 
Shah Alam, Selangor. 
Pendaftaran bermula 8.30 pagi dan tempat kursus akan dimaklumkan kemudian. 
Kursus Urut & Terapi Badan



25 Ogos 2019

Terbuka untuk Lelaki dan Wanita. 
9pagi-6petang 
Shah Alam, Selangor. 
Pendaftaran bermula 8.30 pagi dan tempat kursus akan dimaklumkan kemudian. 


Kursus Urut Terapi Lelaki


Boleh klik link di bawah...
www.wasap.my/+60122889397 Pak Mat Urut Batin
www.wasap.my/+60102922613 NHafiz Urut Batin Power


Salam Sejahtera,  

Pak Mat Urut Batin

Lelaki Bahagia Lelaki Sejahtera, Bercinta sampai kesyurga.
Jumpa Anda nanti ya. Jaga diri baik-baik.

#1keluarga1perawat #pmuts #urut #urutbatin #terapiperkahwinan #urutpower #terapi

Wednesday, July 17, 2019

Salah faham tentang angin pasang

Hi, Assalamualaikum. Harini nak kongsi sedikit tentang >>> 

Salah faham tentang angin pasang
FB Link: Pak Mat Urut Batin >> https://www.facebook.com/profile.php?id=100009187238353

Di kalangan masyarakat Melayu terdapat salah anggapan tentang angin pasang.
Asal sahaja buah zakar besar sebelah, buah zakar besar, buah zakar sakit semuanya ditakrifkan sebagai angin pasang.
Mereka di sebelah Pantai Timur Semenanjung Malaysia menyebutnya sebagai uluran dan di sebelah utara menyebutnya sebagai burut.


Gejala penyakit pada buah zakar samada hernia(1), varicocele(2), hydrocele(3) atau epididimitis orchitis(4) semuanya dirangkumkan sebagai angin pasang di kalangan masyarakat Melayu.


Gejala 1: Hernia

adalah satu keadaan di mana dinding pada otot perut menjadi lemah yang menyebabkan usus kecil menembusi dinding otot perut yang lemah tersebut dan usus kecil masuk ke dalam kantung zakar.
Adakah hernia boleh sembuh dengan urut?
Jawapan nya: 
Mustahil hernia boleh sembuh dengan urut kerana selagi dinding perut yang telah koyak itu tidak ditampal semula selagi itulah usus kecil akan terus masuk ke kantung zakar.

Sekiranya tukang urut berjaya menolak usus kecil naik ke perut sekalipun, ia akan jatuh semula setelah pesakit bangun berdiri, batuk, bersin yang kuat, mengangkat benda berat atau melakukan aktiviti lasak.
Saya telah banyak menasihati pelanggan saya supaya berjumpa dengan pakar bedah yang mahir dan lakukan pembedahan kecil di bahagian bawah perut untuk tampal bahagian otot perut yang lemah dan dinaikkan semula usus kecil sebelum tampalan itu dibuat.Dengan sekali pembedahan dan tampalan masalah hernia akan selesai.
Namun ada pelanggan saya yang memberi maklum balas bahawa anggota sulitnya menjadi lemah setelah melakukan pembedahan.Oleh yang demikian jangan sayangkan duit, dapatkan rawatan dari doktor bedah yang pakar dan mahir.

Gejala 2: Varicocele 
adalah keadaan di mana lemak dan lendir bersekongkol di urat air mani. Varicose vein misalnya boleh berlaku pada bahagian mana sekalipun pada anggota tubuh manusia, begitu juga pada bahagian buah zakar.
Varico merujuk kepada salur darah dan dalam konteks buah zakar merujuk kepada salur air mani atau vas deferen. Cele bermaksud gumpalan atau kumpulan.
Ia berlaku disebabkan oleh faktor fisiologi, yang mungkin dari faktor amalan pemakanan dan gaya hidup.
Dari pengalaman saya varicocele boleh dirawat dengan cara urut dengan ikhtiar memecahkan lemak dan lendir di kawasan yang berkenaan.

Gejala 3: Hydrocele 
adalah kumpulan air yang bertakung pada kantung zakar.
Hydro bermaksud air dan cele adalah kumpulan.Jadi hydrocele adalah kumpulan air di bahagian kantung zakar. Ianya berlaku disebabkan oleh faktor fisiologi.
Pada pengalaman saya hydrocele juga boleh dirawat dengan kaedah urutan tetapi memerlukan tukang urut yang pakar dan mahir.



Gejala 4: Epididimitis orchitis 
adalah keadaan di mana berlaku radang pada buah zakar.
Radang boleh berlaku bila berlaku jangkitan kuman pada epididymis.
Ada juga kes di mana kemalangan atau hentakan kuat pada bahagian buah zakar yang menyebabkan berlakunya radang pada buah zakar serta tempat penyimpanan air mani.

Radang pada buah zakar tidak boleh diurut kerana sakit. Disentuh sedikit pun pesakit akan merasa sakit.
Rawatan doktor dengan memberi antibiotik dan ubat penahan sakit boleh menyembuhkan epididimitis orchitis ini.

Kesimpulannya: Tidak semua sakit di bahagian buah zakar boleh sembuh dengan urutan. Oleh yang demikian carilah tukang urut yang berilmu dan mahir agar diagnos sebenar dilakukan, penerangan, khidmat nasihat dan rawatan yang betul dapat diberikan.

PM kami / WhatsApp Kami untuk lock appointment untuk diagnosis awal.
Boleh klik link di bawah...
www.wasap.my/+60122889397 Pak Mat Urut Batin
www.wasap.my/+60102922613 NHafiz Urut Batin Power

Salam Sejahtera,  

Pak Mat Urut Batin

Lelaki Bahagia Lelaki Sejahtera, Bercinta sampai kesyurga.
Jumpa Anda nanti ya. Jaga diri baik-baik.

#1keluarga1perawat #pmuts #urut #urutbatin #terapiperkahwinan #urutpower #terapi

Saturday, July 13, 2019

Kursus Urutan Terapi Badan PMUB 2/2019



Alhamdulillah... 
Terima Kasih buat semua peserta Kursus Kami... 
Semoga segala ilmu_teori&praktikal dapat diamalkan serta memberi manafaat kepada sejagat…
Bersama Kami, terokai cabang ilmu Terapi Moden & Traditional


Alhamdulillah, Peserta puas hati... Kami pun happy... 




Suasana Di Bilik Seminar 


Peserta Sedang Diurut bagi merasa sendiri Teknik Urutan daripada Pengasas Kami






🕵️👮💂👷🤵
#urutbatin #urutbadan #terapitradisional #terapimoden #bekamsunnah #persediaanpengantin #pakmaturut #abanggagah #abanghebat #sideincome #1keluarga1perawat #pmuts