Wednesday, January 23, 2019

Bekam





Membekam menurut Kamus Dewan Edisi Empat merupakan perbuatan mengeluarkan darah kotor daripada badan seseorang dengan cara membedah sedikit pada kepala atau belakang badan dan menghisap darah kotor dengan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat yang telah dibedah itu.

Bekam umumnya membawa pengertian mengeluarkan sesuatu dari badan menggunakan peralatan tertentu untuk sedutan seperti menggunakan tanduk (amalan kuno) dan cawan bekam dengan kaedah tertentu.

Kaedah tertentu inilah antara yang memberi perbezaan yang ketara antara derma darah dan bekam. Proses dan kaedah ini yang memberikan hasil berbeza dari menderma darah. Proses yang diperkatakan ini adalah proses pembiaran yang akan mewujudkan tekanan negatif pada bahagian yang hendak dibekam disamping pada proses inilah pengumpulan Causative Pathological Substances (CPS) atau bahasa mudahnya bahan penyebab penyakit akan dikumpulkan pada kawasan bertekanan. CPS ini terdiri daripada toksid, sel darah mati, sel darah rosak, radikal bebas, dan seumpamanya. 

Selain daripada itu, bekam juga boleh dikategorikan sebagai terapi mengurangkan kesakitan. Mengikut Garis Panduan Amalan Perubatan Tradisional dan Komplementari: Bekam, daripada Kementerian Kesihatan, menyatakan rawatan tradisional seperti sebagai sebahagian daripada terapi alternatif mengurangkan kesakitan.

Sebagai contoh, berbekam mengeluarkan darah kotor dan toksin dari badan cara torehan pada badan, menggunakan tanduk atau cawan panas yang ditelungkupkan pada tempat ditoreh tadi. Darah yang keluar kesan torehan adalah sel darah merah yang kotor dan rosak selepas tamat tempoh 120 hari. Rawatan bekam juga digalakkan untuk dilakukan tiga atau empat bulan sekali. Jika darah kotor tidak dibersihkan dan hanya mengalir di sekitar salur darah, kesannya boleh menyebabkan saluran tersumbat.

Sebagai panduan asas sebelum berbekam,
  1. Digalak berpuasa, bergantung kepada keadaan - bimbang letih asalkan tidak memudaratkan kesihatan pesakit.
  2. Ambil makanan ringan. jarakkan tempoh dua jam sebelum berbekam.
  3. Elak minuman manis Selepas bekam
  4. Elak aktiviti lasak
  5. Elak terus mandi sejurus selepas berbekam. Jarakkan antara dua jam atau mandi keesokan hari.
  6. Elak melakukan hubungan kelamin dalam tempoh 24 jam. 
Antara peralatan bekam yang kami gunakan di Pak Mat Urut & Terapi Servis adalah seperti berikut:

Cup Bekam:


Mesin Steril peralatan bekam; UV Sterilizer


Alat Check tekanan darah sebelum berbekam: 


Pen Lancet Bekam:


Pam Bekam:


Lain2 










Wednesday, January 16, 2019

Ketegangan Zakar

Ketegangan zakar adalah penting bagi seorang lelaki. Lelaki yang zakarnya tidak tegang dianggap seorang yang lemah tenaga batin dan tidak berdaya untuk melaksanakan persetubuhan. Ketegangan zakar bukan sahaja menambahkan nafsu syahwat kepada perempuan, tetapi juga mendatangkan kelazatan kepada diri lelaki itu sendiri.

Kecergasan nafsu syahwat adalah pengaruh dan kesan yang dikeluarkan oleh anggota-anggota saraf. Ubat kuat bukanlah penyelesai masalah bagi lelaki yang mempunyai masalah ketegangan zakar, namun urutan dan sentuhan yang betul adalah yang penting. Kelemahan tenaga batin adalah disebakan oleh perasaan gelisah dan tidak yakin oleh seseorang.

PERKARA-PERKARA YANG MENYEBABKAN ZAKAR TEGANG

HORMON
Zakar menadi tegang kerana pengaruh hormone-hormone yang dikeluarkan oleh gelenjar ke dalam darah. Hormon tersebut kemudian memberikan rangsangan kepada otak dan segala anggota terus bergiat mempengaruhi pusat ketegangan tulang belakang, lalu secara automatik zakar menegang keras dan timbullah keinginan kepada perhubungan jantina.


2. GELORA DI DALAM OTAK

Ada beberapa keadaan lagi yang menimbulkan gelora nafsu di dalam otak dan memudahkan zakar menjadi tegang.

3. PERSENTUHAN ANGGOTA JANTINA

Kulit kepala zakar, terutamanya bahagian depan, adalah tersusun daripada rangkaian urat halus yang kuat terasa geli. Pada penghujungnya teersedia anggota-anggota khas yang dinamakan saraf kelazatan. Saraf ini boleh diumpamakan sebagai alat elektrik yang mencetuskan api ketika tersentuh dengan sesuatu benda. Persetubuhan yang dilakukan secara surung-tarik berulang kali adalah bertujuan menyentuh tempat geli di kawasan alat persetubuhan itu.

4. PUNDI KENCING PENUH

Bila pundi kencing penuh berisi, maka ketika itu zakar menjadi tegang kerana dipengaruhi oleh pundi-pundi yang penuh berisi. Biasanya ketika bangun pagi zakar keras menegang.

KEKUATAN ZAKAR

Zakar yang kuat adalah zakar yang menegang mendongak ke atas dan apabila anda kencing airnya boleh memancut dengan laju dan jauh dan pada air kencing itu pula terdapat banyak buih. Zakar yang lemah adalah zakar yang menegang tidak sampai ke atas tetapi hanya pertengahan dan apabila kencing ia keluar dalam keadaan lemah dan jaraknya agak dekat dan buihnya sedikit.


Suhu yang paling sihat untuk zakar adalah suhu yang tidak terlalu panas mahupun terlalu sejuk dan ia boleh dikenalpasti menerusi pernafasan yang dilakukan menerusi lubang hidung kanan. Zakar yang lebih sejuk daripada suhu vagina akan mengakibatkan ia cepat merasa ngilu, mani mudah terpancut dan ketegangan menjadi kurang.

Wednesday, January 9, 2019

Tujuan Urut Zakar

Terdapat beberapa pendekatan serta tujuan mengurut zakar:

• Untuk membesarkan dan memanjangkan zakar. Menurut ilmu tabib Cina, zakar boleh ditambah saiz sehingga 1 hingga 2 inci. Namun rawatan urut Melayu dan kitab-kitab Arab mencatat bahawa saiz boleh ditambah sehingga 4 inci. Malahan ahli Yoga India ada yang mampu memanjangkan zakar sehingga 14-inci!

• Bagi mengubati tanda-tanda awal penyakit mati pucuk dan lemah tenaga batin

• Untuk mengatasi masalah pancutan awal atau ejakulasi pramatang

• Bagi meningkatkan keampuhan dan keupayaan zakar – supaya zakar menegak lebih tegar dan galak, condong ke atas dan timbul urat-urat zakar serta kepala zakar kembang dengan garang seperti singa apabila menghadapi isteri ketika persetubuhan

• Untuk meredakan gejolak nafsu – terutama kepada lelaki bujang atau suami yang berjauhan dari isteri (tanpa mengeluarkan air mani) serta mengelak dari maksiat zina

• Sebagai latihan untuk menghadapi situasi sebenar persetubuhan. Urut batang dengan latihan pernafasan tertentu boleh membantu suami mengawal kepala zakar untuk mengembang dan menguncup untuk kepuasan jimak pihak isteri. Sekaligus amalan urut ini berfungsi membantu suami tahan lama ketika bersetubuh.

Wednesday, January 2, 2019

Pancutan

Artikel kali ini mengandungi info mengenai punca dan juga cara untuk mengatasi masalah cepat pancut. Masalah cepat pancut dialami oleh kebanyakan lelaki dan hal ini mengakibatkan ketidakpuasan kepada seorang isteri ketika di ranjang.

Antara punca masalah cepat pancut adalah disebabkan oleh beberapa perkara dan ianya boleh diatasi dengan cara;

1. Mengawal Psikologi. Ketika bersama, penggunaan minda adalah penting untuk mengawal keluar air mani. Tubuh perlu berada dalam keadaan relax dan alihkan pemikiran kepada perkara lain seperti hal kerja supaya tidak focus untuk pancut. Namun, latihan perlu dilakukan supaya dapat biasakan diri.

2. Posisi bersetubuh. Terdapat pelbagai posisi untuk bersetubuh yang disyorkan dalam Islam. Oleh itu, pasangan mempunyai pelbagai pilihan posisi bersetubuh untuk dilakukan. Artikel seterusnya saya akan menerangkan mengenai posisi bersetubuh yang disyorkan.

3. Teknik yang betul dalam mengawal pancutan air mani. Ianya perlu diamalkan oleh suami dan juga isteri. Si suami boleh mencabut zakar jika tidak tahan dan meneruskan semula selepas berasa selesa semula. Teknik lain adalah kedua-dua pasangan berdiam diri dan tidak melakukan apa-apa pergerakan supaya si suami dapat menahan kegelian daripada terpancut.

4. Kurangnya senaman. Antara senaman yang boleh diamalkan oleh para suami diwaktu pagi adalah dengan menggeselakan kepala zakar, bawah kepala zakar ditumit kaki kiri dan kanan sehingga hilang sengal. Sebelum bersetubuh dilakukan juga dan ditambah dengan letakkan kepala zakar di ibu jari kaki kanan dan sebut “Hei zakar jangan kamu keluar selagi ibu jari kaki aku tidak mengeluarkan air”. Picit kepala zakar sehingga hilang geli dan pusingkan kepala zakar dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari 20 kali pusingan jam, 20 kali melawan pusingan jam. Kemudian, asahkan biji zakar dan kepala zakar sehingga hilang geli. Tarik urat mani dan buah zakar sehingga terasa buah zakar mengena lubang dubur dalam keadaan bercangkung.

5. Seterusnya, dengan bantuan seseorang urutkan bahagian perut ke atas seperti menaikkan peranakan wanita.

6. Pemilihan masa yang sesuai juga penting supaya tiada gangguan. Suasana yang harmoni, persefahaman kedua-dua pihak, bukan sambal-sambilan, tiada gangguan, haruman yang menyamankan dan tidak terlalu panas atau sejuk.

Dan Akhir sekali, Air mani boleh dipekatkan dengan memakan banyak kismis, kuning telur ayam kampong, tujuh biji bawang merah yang telah ditumbuk, satu sudu madu lebah dan 7 biji ada hitam yang telah ditumbuk dan dijadikan sebagai sarapan.

Semoga Artikel ini memberi manfaat kepada semua.